Berita

PKP 3.0: Jogging boleh, berbasikal tidak dibenarkan

Dengan pelaksanaan kawalan pergerakan 3.0 terbaru bermula hari ini hingga 14 Jun ini, jangan lupa untuk ambil maklum tentang larangan yang bakal dikenakan kepada semua.

Hanya beberapa perkhidmatan dibenarkan beroperasi, sementara kebanyakan perniagaan diarahkan tutup serta peraturan larangan pergerakan juga berubah.

Bagi aktiviti sukan misalnya, ambil maklum bahawa anda masih dibenarkan berjogging, atau sukan perseorangan sahaja yang boleh dilakukan. Sukan berbasikal bagaimanapun tidak dibenarkan sepanjang tempoh ini.

Bagi jogging, jarak minimum 2-3 meter perlu dipatuhi. Dan, aktiviti sukan ini hanya dibenarkan di kawasan kejiranan di mana anda tinggal, dan perlu mematuhi SOP lainnya, termasuklah tiada aktiviti luar selepas jam 8 malam.

Yang penting ia tidak melebihi radius 10km dari rumah.

Bagi aktiviti masjid dan surau, ia terhad kepada 12 orang ahli jawatankuasa sahaja, dan tiada aktiviti lain yang boleh dijalankan. Peraturan ini terpakai juga untuk rumah ibadat agama-agama lain di seluruh negara.

Nota: Gambar Hiasan

(Visited 13,049 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button