Nasionalpilihan

RM941.43 juta elaun khas barisan hadapan telah disalurkan, BKC hingga tahun depan

SEBANYAK RM941.43 juta elaun khas barisan hadapan telah disalurkan setakat 27 Ogos lalu kepada petugas barisan hadapan.

Menteri Kewangan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah itu berdasarkan 2,580,713 tuntutan yang terdiri daripada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan wabak COVID-19.

“Elaun ini turut dipanjangkan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, bomba, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota RELA yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Laporan Agensi Pelaksanaan Ekonomi Dan Koordinasi Strategik Nasional (LAKSANA) Ke-67, semalam.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul turut memaklumkan yang Bantuan Khas Covid-19 (BKC) akan diteruskan sehingga hujung tahun.


“Bantuan Khas COVID-19 (BKC) merupakan sebahagian daripada pelbagai bantuan-bantuan lain yang akan disalurkan secara berterusan sehingga penghujung tahun 2021.

“Mengambil kira keseluruhan pembayaran BKC, Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan BPR Tambahan, bantuan tunai yang disediakan sehingga kini kepada hampir 10 juta penerima adalah sebanyak RM12.3 bilion,” katanya.

Menurut beliau, jangkaan baki pembayaran BPR (Fasa 3 dan rayuan), BKC (Fasa 2 dan Fasa 3) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) pada September hingga Disember 2021 dianggarkan berjumlah RM4.8 bilion.

Tambahnya, secara keseluruhan, peruntukan berjumlah RM17.1 bilion telah disediakan oleh kerajaan pada tahun ini bagi pelaksanaan BPN 2.0, BPR, BPR Tambahan, BKC dan BKP yang telah dan akan disalurkan kepada penerima yang layak. -SM

(Visited 66 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button