NasionalNegeriPendidikan

Raja Muda rasmi Bulan Kesedaran Berwakaf Peringkat Negeri Perlis

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi Mohd Nazim berkenan melancarkan melancarkan Bulan Kesedaran Berwakaf Peringkat Negeri Perlis Tahun 1445 Hijriah bersamaan 2024 Masehi di Masjid Al Falah Kolej Matrikulasi Perlis di Arau.

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melancarkan Bulan Kesedaran Berwakaf Peringkat Negeri Perlis Tahun 1445 Hijriah bersamaan 2024 Masehi di Masjid Al Falah Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) di Arau.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor berkata, program Bulan Kesedaran Berwakaf merupakan satu galakan bagi menyemarakkan budaya berwakaf di kalangan masyarakat khususnya melalui MAIPs.

Katanya, sebagai badan pemegang amanah tunggal wakaf, MAIPs berharap agar kempen berkenaan sekaligus menimbulkan kesedaran mengenai kelebihan amalan wakaf yang dapat ‘memanjangkan pahala’.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyampaikan sumbangan ‘Inisiatif Wakaf Ilmi MAIPs’ bagi sumbangan wakaf al-Quran dan kitab serta buku-buku agama yang disumbangkan kepada Khairina

“Jangan tangguhkan hasrat untuk berwakaf sebelum menghembuskan nafas terakhir, wakaf juga boleh dilaksanakan tanpa perlu menjadi hartawan,” tambah beliau.

Pada majlis tersebut juga Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyampaikan sumbangan ‘Inisiatif Wakaf Ilmi MAIPs’ bagi sumbangan wakaf al-Quran dan kitab serta buku-buku agama yang disumbangkan kepada Pengarah Kolej Matrikulasi Perlis, Khairina Subari dan Pustakawan KMP, Azizi Janan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan pelajar sambil memegang poster ‘Titah 7 Amanat Raja Perlis’ sempena pelancaran Bulan Kesedaran Berwakaf Peringkat Negeri Perlis Tahun 1445 Hijriah bersamaan 2024 Masehi di Masjid Al Falah Kolej Matrikulasi Perlis di Arau.

Untuk rekod, KMP ialah Kolej Matrikulasi yang tertua di Malaysia. Ia mula dibina di atas tanah seluas 75 ekar pada bulan Januari 1998 di Arau, Perlis.

KMP disiapkan pembinaannya pada Mac 2000 dan telah beroperasi mulai 3 Julai 2000. – SM

(Visited 26 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button