Nasional

Pengarah syarikat dakwa pemilik RM500,000 yang ditemukan di parkir kereta

PENGARAH sebuah syarikat telah tampil mendakwa sebagai pemilik wang RM500,000 ditemukan di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara baru-baru ini.

Untuk itu dia akan dijangka hadir memberikan keterangan esok, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Katanya, polis amat berharap individu itu dapat menunaikan janji hadir memberi keterangan selepas gagal berbuat demikian sebelum ini atas pelbagai alasan.

“Sebagaimana yang saya maklum sebelum ini, kita ada terima aduan daripada individu itu pada 21 Mac lepas yang berjanji untuk hadir ke balai bagi memberi keterangan selepas mengaku bagasi berkenaan milik syarikatnya.

“Kita baru mendapat makluman yang beliau akan datang untuk dirakam keterangan esok, 30 Mac bersama bukti yang menunjukkan bagasi itu milik mereka,” katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini.
Hussein berkata polis perlu merakam keterangan individu itu dan berpuas hati dengan bukti-bukti dikemukakan sebelum memutuskan pihak yang berhak ke atas bagasi berkenaan.
(Visited 21 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button