Nasional

Pegawai LRT Stesen Bandaraya positif Covid-19

Seorang pegawai stesen Transit Aliran Ringan (LRT) yang bertugas di Stesen Bandaraya, telah disahkan positif COVID-19 dua hari lepas dan kini menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Rapid Rail dalam satu kenyataan berkata, kakitangan berkenaan bertugas pada kali terakhir pada 19 Disember lepas dan tidak bekerja sejak tarikh berkenaan.
“Berdasarkan siasatan kami, ini adalah insiden di kawasan tertutup dan pegawai stesen berkenaan tiada mempunyai kontak dengan para penumpang ketika bertuga
“Kerja-kerja disinfektasi dan pembersihan tempat kerja kakitangan tersebut pada malam berkenaan telah dilakukan berpandukan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.
Menurutnya, kakitangan lain yang mempunyai kontak rapat dengan pegawai stesen berkenaan turut diarahkan menjalani ujian saringan dan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari seperti yang ditetapkan di bawah prosedur operasi standard KKM.
Jelasnya, tren-tren untuk semua laluan sememangnya ditetapkan untuk menjalani kerja-kerja pembasmian kuman dan pembersihan setiap hari semasa waktu puncak dan selepas operasi pada hari berkenaan.
“Kakitangan yang bertugas di semua stesen dan di dalam tren sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan rapi khususnya pemakaian pelitup muka, menjaga kebersihan diri dan menggelakkan kontaks dengan para penumpang.
“Rapid Rail memberi jaminan bahawa perkhidmatan pengangkutan awam kendaliannya adalah selamat,” katanya. -SM
(Visited 93 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button