Nasional

Kerajaan PP beri rumah PPR kepada keluarga Ganesh

SEBUAH keluarga lima beranak yang tinggal di dalam kereta selama 8 bulan selepas rumah mereka terbakar ditawarkan sebuah unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini.

Nasib keluarga S, Ganesh, 34 bersama isteri dan tiga anaknya menjadi perhatian setelah tular di media sosial selepas pendakwah bebas Ebit Lew membantu mencarikan rumah sewa untuk mereka semalam.

Exco Kebajikan dan Alam Sekitar Phee Boon Poh berkata, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Perancangan Bandar dan Desa Jagdeep Singh Deo telah mengambil tindakan segera dengan menyerahkan kunci rumah PPR kepada keluarga itu hari ini.

Katanya, kerajaan negeri pimpinan DAP sudah menghubungi keluarga itu pada bulan April ketika rumah mereka yang terletak di Lebuh Carnavon terbakar.

Menurut Boon Poh, ketika itu Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang dan Pejabat Daerah dan Tanah Pulau Pinang telah menawarkan keluarga itu sebuah tempat pemindahan sementara di Kompleks Masyarakat Penyayang.

Namum keluarga terbabit difahamkan menyuarakan hasrat untuk berpindah ke rumah saudara mereka yang terletak di Air Itam pada malam yang sama itu.

“Beliau sekeluarga tidak lagi berhubung dengan pihak kerajaan negeri selepas itu sehingga berita berkenaan disiarkan,” kata Boon Poh.

Beliau menjelaskan Kerajaan Negeri mula bertindak membantu keluarga itu pada 24 Disember selepas berita mengenai mereka tersebar.

Semalam ketika kisah Ebit membantu keluar itu tular di media sosial, kerajaan negeri telahpun mengambil tindakan lanjut dengan mencadangkan bantuan kewangan bulanan selain bantuan bakul makanan yang diberikan JKM.

Media sebelum ini melaporkan Ganesh dengan gaji bulanan RM1,200 tidak dapat menyewa rumah PPR kerana kerana tidak mampu membayar deposit.

Dia bersama isteri Parameswari, 32 tahun, bersama-sama anak mereka, Girthikanesh, 8, Devi Shri, 6, dan Kirthana yang berusia lapan bulan, lahir dua minggu selepas kebakaran berkenaan terpaksa tinggal di dalam kereta sejak April.

Akhbar melaporkan mereka telah memohon untuk tinggal di rumah PRT sebanyak dua kali namun menghampakan.

Kisah mereka menjadi perhatian apabila akhbar melaporkan nasib mereka baru-baru ini dan menjadi tular selepas pendakwah bebas Ebit membayarkan sewa rumah buat keluarga itu.

Malah Ebit turut membeli barangan keperluan lain seperti peti ais, katil, tilam dan bahan makanan serta memberi duit belanja kepada keluarga itu semalam.-SM

 

(Visited 216 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button