Nasional

Amaran hujan untuk beberapa negeri sehingga 2 Mac

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya bagi Kluang, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor sehingga lusa (2 Mac).

Dalam satu kenyataan hari ini, MetMalaysia berkata hujan lebat berterusan dijangka melanda Pekan dan Rompin di Pahang, serta Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Pontian di Johor.

Sementara itu, kawasan yang dijangka mengalami hujan berterusan tahap berjaga-jaga sehingga esok ialah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak, dan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh , Maran, Kuantan dan Bera di Pahang.

Cuaca serupa juga dijangka berlaku di Sarawak meliputi ibu negeri Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu (Tatau dan Bintulu), serta semua kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Terengganu. -SM

(Visited 152 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button