Nasional

Warga emas mengaku tersilap masuk ke laluan motosikal

VIDEO tular yang memaparkan sebuah kereta yang dipandu di laluan motosikal di lebuh raya Grandsaga rupanya dipandu seorang warga emas lelaki berusia 78 tahun.

Ketua Polis Daerah Kajang,  Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.55 pagi semalam.

“Apabila sampai di Plaza Tol Batu 11, pemandu tersebut telah tersilap masuk ke laluan motosikal di lebuh raya itu.

“Pemandu itu bagaimanapun berjaya dikesan dirumahnya dan hasil siasatan mendapati lelaki warga emas itu tidak berapa sihat dan mengakui kesilapannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Zaid, siasatan polis mengesahkan kes ini tidak melibatkan sebarang kemalangan.

Tambahnya, bagaimanapun samun telah dikeluarkan kepada pemandu tersebut di bawah kesalahan Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengabaikan isyarat lalu lintas. -SM

(Visited 263 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button