fbpx
Nasional

Polis buru dalang Macau Scam panjat pagar SPRM

POLIS sedang memburu seorang suspek lelaki yang juga dalang utama Macau Scam kerana melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, suspek berusia 32 tahun itu juga terlibat dalam tiga kes jenayah.

“Suspek ini dikehendaki bersabit siasatan melibatkan tiga kes jenayah di bawah Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terlibat dalam penganjuran judi online di Sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Suspek telah melarikan diri sebaik sahaja dibebaskan dengan jaminan oleh SPRM kerana terlibat dalam kes Macau Scam baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Huzir, suspek tersebut dikenali sebagai Goh Leong Yeong dan mempunyai alamat di Blok 25B2-5-8, Miharja Kondominium, Batu 2 1/2, Off Jalan Cheras, Kuala Lumpur.


Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Deputi Superintenden Ahmad Zamri Jai di talian 012-8993622.

Tambahnya, orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat mengenai suspek sangat dikehendaki itu kepada pegawai penyiasat kes ini, Inspektor Muhamad Faizal Asuar di talian 017-3126411 atau mana-mana balai polis berhampiran. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button