NasionalNegeri

Beraksi ala “Superman” dua remaja wanita ditahan polis

TIADA lagi sifat kewanitaan dalam diri mereka ini apabila beraksi lagak ala-ala seperti jantan kerana mahu dilihat sebagai “Superman” di KM375.9 arah utara , Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Aksi dua remaja wanita ini bukan sahaja tular di media sosial tetapi mendapat perhatian daripada pihak polis kerana menunggang motosikal secara berbahaya termasuk melakukan aksi “Superman” di Lebuhraya PLUS dan akhirnya ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Muallim, Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, kedua-dua suspek itu menyerah diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Muallim pada jam 9.10 malam.

Beliau berkata, mereka berjaya dikesan polis susulan rakaman video 45 saat memaparkan dua penunggang motosikal melakukan aksi berbahaya yang tular di media sosial sejak kelmarin.

“Siasatan awal mendapati aksi mereka dirakamkan di KM375.9 arah utara pada Ahad lalu dan remaja berusia 18 dan 21 tahun itu menunggang dari Kuala Lumpur ke Ipoh.

“Apabila mereka sampai di kawasan rehat dan rawat Behrang, kedua-dua suspek melakukan aksi ‘Superman’ iaitu meniarap di atas tempat duduk dan mencelah antara kenderaan lain,” katanya dalam kenyataan.

Hasni berkata, kedua-dua suspek yang berasal dari Pulau Indah, Selangor dan masing-masing bekerja sebagai operator platform e-dagang dan pengasuh bayi serta tiada rekod jenayah.

“Polis mengeluarkan saman ke atas mereka kerana kesalahan tiada lesen dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – SM

BACA 3 mat rempit perasan “Superman” ditahan dalam Ops Samseng Jalanan

BACA Empat remaja gaya aksi superman dicekup polis

BACA Polis cari “Superman” Lebuhraya PLUS

 

(Visited 111 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button