JenayahNasional

Polis cari “Superman” Lebuhraya PLUS

Polis membuka satu kertas siasatan berhubung tindakan sekumpulan penunggang motosikal yang berlumba dan menunggang secara berbahaya di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berhampiran susur keluar ke Tanjung Malim dan Kuala Kubu Bharu.

Ketua Polis Hulu Selangor, Ahmad Faizal Tahrim berkata, rakaman video perbuatan sekumpulan penunggang motosikal berkenaan yang melakukan aksi “Superman” dan zig-zag tersebar menerusi laman sosial sejak semalam.

Beliau berkata, pihaknya giat mengesan semua penunggang motosikal berkenaan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Tindakan penunggang motosikal ini menyebabkan kegusaran dan ketakutan kepada pengguna jalan raya yang lain dan risiko kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Faizal memohon orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian dan video yang tular itu tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Alauddin Salehudin di talian 013 6420184 atau 03 60641222. – SM

BACA 3 mat rempit perasan “Superman” ditahan dalam Ops Samseng Jalanan

BACA Empat remaja gaya aksi superman dicekup polis

(Visited 83 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button