JenayahNasional

Lelaki tikam bekas isteri hingga muat direman

Seorang lelaki berusia 51 tahun direman tujuh hari bermula semalam kerana disyaki menikam bekas isterinya sehingga maut di Pasir Tumboh, Kelantan, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun berkata, suspek direman sehingga Sabtu ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah,” katanya menurut laporan Bernama.

Semalam media melaporkan, mangsa, Rokiah Ayub, maut disyaki ditikam bekas suaminya dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi di sebuah rumah sewa di Taman Desa Darul Naim.

Susulan kejadian itu, suspek dipercayai menikam dirinya sendiri sehingga parah.

Rokiah, 42, seorang peniaga air balang meninggalkan tiga orang anak berusia antara 14 hingga 24 tahun. – SM

BACA Lelaki mati ditikam depan Medan Selera Port Dickson

BACA Lelaki maut ditikam tegur saiz payu dara

(Visited 113 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button