Nasionalpilihan

Vaksin Covid-19: Menyamar kakitangan KKM sebelum lakukan penipuan

POLIS mengesan kewujudan sindiket penipuan baru yang menggunakan isu penjualan vaksin Covid-19 untuk memperdaya mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, mangsa akan dihubungi sebagai orang yang menyamar sebagai kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Individu itu juga akan memaklumkan bahawa mangsa akan dikenakan tindakan kerana didapati telah menjual vaksin Covid-19 secara atas talian melalui laman Facebook.

“Mangsa yang panik dengan dakwaan tersebut kemudian akan menurut semua arahan yang diberikan sehingga akhirnya membuat bayaran ke dalam akaun yang diberikan oleh pihak sindiket.

“Sehingga kini, 38 laporan polis telah diterima berkaitan dengan kes-kes sebegini melibatkan kerugian berjumlah RM54,500,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Mohd. Kamarudin, selain itu, phaknya juga telah menerima empat laporan lain berkaitan dengan isu vaksin Covid-19.

Jelasnya, tiga daripada laporan tersebut adalah berkenaan wujudnya aktiviti penipuan penjualan vaksin Covid-19 kepada orang ramai.

“Manakala satu laporan adalah berkenaan isu penampahan jumlah penerima vaksin di sebuah daripada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sehingga melebihi jumlah vaksin yang dibekalkan.

“Lapan individu telah ditahan bagi membantu siasatan yang dijalankan berkait kes-kes tersebut.

“Kesemua mereka telahpun dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan dijalankan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan sindiket yang memanipulasi isu semasa.

Orang ramai dialu-alukan untuk menghubungi CCOD Scam Response Centre melalui talian 03-26101559/1599 sekiranya mempunyai sebarang keraguan mahupun maklumat berkenaan aktiviti jenayah komersil. -SM

(Visited 79 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button