EkonomiPolitik

RM850 bulanan adalah bentuk imbuhan bukannya gaji- Na’im

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri ( Hal ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar menjelaskan pemberian sebanyak RM850 secara bulanan adalah berbentuk Imbuhan, bukannya gaji.

Mohd. Na'im jamin terus usaha perkasa Akta 355
Kementerian Hal Ehwal Agama, Datuk Na’im

Untuk maklumat pelantikan imam-imam masjid kariah terletak di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertindak sebagai penyelaras di peringkat Persekutuan.

Sekadar gambar Hiasan Masjid

Menurut Na’im lagi, pemberian imbuhan tersebut kepada iman-imam kariah dan mukim di seluruh negara sebanyak RM450 pada Januari 2005.

“Manakala pada tahun 2011 kerajaan ketika itu mengumumkan kenaikan kadar imbuhan bulanan imam masjid kariah kepada RM 750 sebulan kemudian pada tahun 2017 kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar imbuhan bulanan sekali lagi sebanyak RM850 sebulan.

“Mereka turut dicarumkan dengan PERKESO dan bantuan One-Off pada tahun 2023 pula, pemberian diberikan sebanyak RM600.00 berbanding RM500.00 pada tahun sebelum ini,” katanya di Parlimen, hari ini.

Pada tahun 2022, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM 146,604,600 ke negeri-negeri bagi pembayaran imbuhan bulanan kepada 14,373 orang imam masjid kariah di seluruh negara.

Kerajaan Persekutuan juga sangat peka dengan sentiasa mengkaji dan membuat penilaian berkaitan imbuhan bulanan imam masjid kariah dari semasa ke semasa dan juga berdasarkan kepada situasi kewangan negara.

 

Mahkamah Rayuan tolak rayuan SIS cabar fatwa agama Selangor

(Visited 184 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button