Nasional

Filem Babi arahan Namewee: MCMC minta Seniman kemuka aduan

PERSATUAN Seniman Malaysia (Seniman) diminta untuk mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung filem Babi arahan Namewee.

SKMM dalam satu kenyataan berkata, aduan rasmi itu membolehkan SKMM membuat pernilaian terhadap isu kandungan filem tersebut.

Menurutnya, proses penelitian boleh dibuat berdasarkan kepada peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Selain AKM penelitian lanjut juga boleh dibuat oleh agensi-agensi penguatkuasaan yang berkenaan mengikut peruntukan undang-undang lain yang terpakai berkaitan dengan kandungan atau penyiaran kandungan.

“Sekiranya hasil penelitian dan siasatan yang dijalankan mendapati terdapat unsur pelanggaran terhadap peruntukan undang-undang sedia ada maka tindakan penguatkuasaan boleh diambil oleh agensi yang berkenaan selaras kesalahan yang dilakukan mengikut undang-undang,” kata SKMM.

Suruhanjaya itu turut menjelaskan bahawa pihaknya telah berhubung dengan YouTube pada 19 November lalu berkaitan trailer filem Babi di saluran milik Namewee. SKMM masih menunggu maklum balas daripada YouTube.

Kenyataan SKMM itu susulan laporan polis yang telah dibuat oleh Seniman terhadap filem tersebut yang  ditayangkan di luar negara.

Laporan polis itu dilakukan kerana Seniman percaya filem berkenaan mempunyai unsur perkauman dan didakwa telah menjejaskan imej Malaysia.

Setiausaha Agung Seniman Mohd Hafiz Mohd Nafiah berkata, selepas menonton klip video filem itu, secara peribadi beliau berpendapat terdapat unsur-unsur perkauman di dalam filem itu meskipun dikatakan ia dibuat berdasarkan kisah benar.

“Kami tidak menyekat mana-mana pihak untuk membuat filem yang kritis tetapi kita kena faham bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang hidup dengan pelbagai kaum.

“Selain itu, kami juga menggesa agar MCMC untuk menyekat filem berkenaan di mana-mana platform media sosial termasuklah di YouTube,” katanya.

Filem berkenaan didakwa mengisahkan tentang kejadian sebenar keganasan dan rusuhan kaum yang berlaku di sebuah sekolah menengah di selatan tanah air pada tahun 2000.-SM

(Visited 287 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button