KebakaranNasionalNegeri

Warga emas, anak lelaki dan menantu rentung dalam kebakaran

Seorang warga emas dan sepasang suami isteri ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Taman Rajawali di Sandakan kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), mayat wanita berumur 90-an itu ditemukan bersama anak lelaki dan menantu selepas api berjaya dikawal pukul 11 malam.

Katanya, umur pasangan suami isteri berkenaan serta identiti ketiga-tiga mangsa masih dalam siasatan.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan dikerahkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 10.35 malam.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis kekal telah terbakar 90 peratus,” menurut kenyataan itu.

Operasi tamat sepenuhnya pukul 1.21 pagi tadi.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – SM

(Visited 147 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button