Hiburan

Margasatwa juara Levi’s Music Project, tewaskan 200 lagi peserta

SIAPA sangka penyertaan kumpulan Margasatwa secara tidak sengaja dalam Levi’s Music Project akhirnya membawa tuah apabila mereka menang dan membawa pulang RM20,000.

Seorang daripada anggota kumpulan tersebut, Kimal berkata, mereka tidak pernah merancang untuk menyertai mana-mana pertandingan pada awalnya.

“Ini kerana kami sedang fokus untuk menghasilkan album kedua.

“Tetapi kami ubah fikir untuk mencuba nasib kerana memikirkan yang lagu berjudul Yang Asli dirasakan sesuatu dengan Levi’s sendiri,” katanya yang beraksi pada 22 Disember lalu.


Program yang pertama kali diadakan itu menyaksikan empat peserta dipilih untuk beraksi di peringkat akhir daripada 200 penyertaan yang diterima.

Empat peserta peringkat akhir selain Margasatwa ialah Dato’ Maw, Alien Lipstick Fire dan Mayabayu serta dijurikan oleh individu berpengalaman dalam industri muzik iaitu Jennifer Thompson dan Old Head Jin.

Menurut Kimal, lagu Yang Asli berkisarkan tentang keyakinan diri dalam menjadi diri sendiri, tanpa mempedulikan kata-kata negatif orang lain terhadap diri seseorang.

“Dalam era media sosial yang begitu terbuka kini, ia cenderung dipenuhi dengan suara negatif dan tohmahan sehingga merendahkan martabat orang lain sekaligus meruntuhkan keyakinan seseorang.

“Justeru itu, lagu ini adalah untuk mengembalikan semula keyakinan terhadap diri sesorang yang mendengarnya, kerana setiap manusia mempunyai ‘kecantikan’ yang tersendiri dan asli, yang tidak dapat dilihat hanya melalui media sosial sahaja,” katanya.

Kejayaan Margasatwa dalam program tersebut membolehkan mereka membikin sebuah video klip bersama seorang pengarah berkaliber yang dijangka siap pada Februari 2021. -SM

(Visited 102 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button