Nasional

PM ajak rakyat syukuri nikmat sambut Aidilfitri tanpa pergolakan

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak seluruh rakyat negara ini supaya mensyukuri nikmat masih dapat menyambut Aidilfitri dalam keadaan negara aman, tanpa pergolakan.
Sambil melahirkan rasa simpati nasib yang menimpa rakyat Palestin, beliau sendiri mengakui terasa hiba kerana tidak dapat menyambut hari raya bersama anak-anak dan menantu.
Namun beliau bersyukur kerana dapat menunaikan solat sunat Adilfitri di rumah bersama keluar dan pembantu rumah.
“Alhamdulilah, di pagi Hari Raya Aidilfitri hari ini saya berkesempatan menjadi imam solat sunat Aidilfitri di rumah bersama ahli keluarga dan pembantu rumah dalam suasana yang lain daripada biasa,” katanya dalam hantaran ke Facebooknya.
Katanya, penularan wabak COVID-19 dan kewujudan varian baharu dengan kadar jangkitan yang lebih tinggi telah membantutkan aktiviti dan rutin harian kita yang berkehendakkan kita menyambut Aidilfitri tidak seperti kelaziman.
“Tahun ini, sekali lagi kita terpaksa menyambut Aidilfitri di rumah sendiri seperti tahun lalu. Sudah pasti saya seperti ibu bapa yang lain merasa sedih pada pagi Syawal ini kerana tidak dapat bersama anak-anak dan menantu serta cucu kerana mereka dari lain daerah walaupun berada di Kuala Lumpur.
“Sedih dan sayu juga apabila takbir raya tahun ini hanya disahut jemaah yang terdiri daripada ahli keluarga, bukan seperti di masjid atau surau seperti mana sambutan sebelum wabak ini melanda negara. Saya akui memang amat sukar untuk menahan perasaan ketika bertakbir dengan hanya bertemankan beberapa makmum,” katanya.
Walau apa pun, beliau amat bersyukur kerana kita di Malaysia masih dapat meraikan Aidilfitri dalam keadaan tenang tanpa ada pergolakan. Masih boleh bersama keluarga terdekat dan masih boleh berhubung dengan mereka yang jauh menerusi telefon.
“Sebagaimana orang lain, saya juga menggunakan teknologi seperti zoom untuk berhubung, menatap wajah dan berkomunikasi dengan ahli keluarga yang lain. Lepas juga rindu biar pun tidak dapat bersama menyambut Aidilfitri yang mulia ini,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, turut terkenangkan nasib rakyat Palestin yang pastinya tidak dapat meraikan Aidilfitri, dibedil kediaman mereka oleh jet-jet dan roket-roket rejim Israel.
“Sungguh besar ujian yang terpaksa mereka tempuhi tatkala umat Islam yang lain sibuk merayakan Aidilfitri. Maka sama-samalah kita mendoakan agar Allah pelihara dan lindungi saudara kita di Palestin.
“Marilah kita sama-sama mensyukuri nikmat sebagai warga bumi bertuah ini tatkala negara lain dan dunia diuji dengan ujian yang amat getir.
Semoga Allah SWT memakbulkan doa kita untuk melihat rantaian Covid-19 ini diputuskan secepat mungkin dan kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.
(Visited 557 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button