Nasional

Vaksin Covid-19 mungkin tersedia tengah tahun depan

MASYARAKAT dunia dingatkan agar tidak berharap kepada vaksin bagi memerangi pandemik Koronavirus (Covid-19) sehingga pertengahan tahun hadapan.

Ini kerana berdasarkan maklumat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terdapat 150 vaksin dihasilkan, namun semuanya masih dalam peringkat pembangunan.

Justeru, ia akan melalui pelbagai proses dan ujian yang mengambil masa sehingga berbulan-bulan sehingga vaksin berkenaan terbukti berkesan.

Sebagai contoh, subjek yang diuji dalam ujian fasa tiga selama beberapa bulan dan melihat sama ada mereka boleh dijangkiti dengan Covid-19 dan bagaimana tindak balas terhadapnya.

Selain itu, kesan sampingan terhadap pengambilan vaksin tersebut juga perlu diteliti.

“Kami menjangkakan bila-bila masa pada akhir tahun hadapan, kita akan mendapat vaksin Covid-19 yang selamat dan berkesan.

“Namun, vaksin sahaja masih belum boleh menjaminnya. Vaksin itu perlulah dapat menampung jumlah yang kita perlukan.”

Demikian penjelasan diberikan Wakil WHO ke Malaysia, Singapura dan Brunei, Dr. Ying-Ru Jacqueline Lo dalam satu temubual bersama Bernama baru-baru ini.

Antara peringkat akhir yang perlu dilalui sebelum vaksin tersebut dikeluarkan secara besar-besaran adalah fasa pembuatan dan kawalan kualiti.

Justeru, proses tersebut lazimnya tidak dapat diselesaikan dalam masa terdekat dan mengambil masa sehingga 10 ke 15 tahun.

Bagaimanapun, bagi Covid-19 proses tersebut dipercepatkan menjadi kira-kira dua tahun, namun kelulusan terhadap vaksin tersebut tidak bermaksud ketersediaan.

Namun, sebaik sahaja vaksin bagi Covid-19 tersedia, terdapat cabaran anti-vaksin perlu dihadapi dalam memastikan pandemic tersebut dapat diatasi.

Ini termasuklah situasi yang pernah berlaku di Filipina berhubung kematian beratus-ratus pelajar sekolah akibat pengambilan vaksin denggi.

Ini kerana terdapat, 15 peratus hasil tinjauan IPSOS untuk Forum Ekonomi Dunia enggan menerima vaksin dengan alasan takut terhadap kesan sampingan.

Menurut, Presiden Persatuan Doktor Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar, ketakutan 15 peratus itu munkin berasas.

Dengan proses yang dipercepat, ada kekhuatiran bahawa tidak ada jumlah ujian keselamatan yang cukup

Kesan buruk hanya akan mendorong gerakan anti-vaksinasi kecil tetapi kuat di Malaysia.

“Kita harus berusaha berhati-hati, dan pada masa yang sama kita tidak memberikan peluru kepada anti-vaksinasi ini,” katanya.

Beliau mengambil contoh kejadian yang berlaku di Filipina pada 2017 itu apabila kejadian dengvaxia memburukan lagi kesan jangkitan denggi.

Terutama kepada mereka yang tidak pernah menderita penyakit itu, tetapi hanya setelah pemerintah Filipina menyuntik berjuta-juta pelajar sekolah.

Hal demikian menyebabkan kepercayaan terhadap vaksin di negara itu menurun sehingga wabak demam campak tahun lepas merebak teruk di sana. – SM

(Visited 289 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button