Nasionalpilihan

PerantiSiswa tidak perlu pulangkan semula, ia satu penghargaan daripada Kerajaan!

Kemajuan teknologi yang pesat telah meningkatkan penggunaan peranti media dalam setiap aspek khususnya bidang pendidikan, yang menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih lancar, sistematik dan berkesan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, majoriti pelajar yang menggunakan teknologi dalam urusan pembelajaran harian, menerima kesan positif dalam pembelajaran dan dapat menambah ilmu pengetahuan tanpa sempadan.

Namun begitu, terdapat pelajar yang kurang berkemampuan, ada kalanya perlu meminjam peranti rakan atau terpaksa pergi ke pusat Internet di bandar semata-mata untuk menghadiri kelas dalam talian mahupun membuat
tugasan pengajian.

“Bagi memastikan proses pengajian para belajar B40 terus terpelihara, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak
RM450 juta menerusi Bajet 2022 bagi melaksanakan Insiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

“Menerusi inisiatif ini, pelajar B40 akan menerima sebuah peranti berbentuk tablet, yang boleh dimanfaatkan
sepanjang proses pembelajaran sehinggalah mereka menamatkan pengajian nanti,” katanya.


Perdana Menteri berkata demikian Majlis Pelancaran Inisiatif Perantisiswa Keluarga Malaysia yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Umum mengetahui bahawa Inisiatif PerantiSiswa ini diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP) di mana mahasiswa perlu serahkan semula peranti setelah tamat pengajian.

Namun atas maklum balas yang memberangsangkan semasa sesi pertemuan antara YB Menteri Komunikasi dan
Multimedia bersama wakil Majlis Perwakilan Pelajar pada 15 Ogos lalu, terdapat cadangan supaya PerantiSiswa ini diberikan secara terus kepada mahasiswa yang mendapat keputusan cemerlang.

“Justeru, pada hari ini sukacita saya mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju untuk memberi terus peranti yang berupa sebuah tablet berjenama terkenal ini kepada semua penerima.

“Pemberian peranti ini adalah sebagai penghargaan dan diharapkan menjadi pemangkin bagi penerima PerantiSiswa untuk belajar bersungguh-sunguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang,” katanya.

Selain itu, dalam usaha memastikan lebih ramai golongan pelajar dan remaja memperoleh akses internet untuk
pembelajaran talian dari rumah tanpa kekangan data, Kerajaan juga bersetuju untuk memanjangkan tempoh pendaftaran Pakej Remaja Keluarga Malaysia.

“Pakej prabayar mampu milik khusus untuk golongan remaja dan pelajar termasuk pelajar pascasiswazah ini, telah diperkenalkan bermula bulan Oktober 2021 pada asalnya dijadual akan tamat pada bulan Oktober tahun ini.

“Keputusan pemanjangan tempoh ini diharapkan memberi peluang kepada lebih ramai remaja dan pelajar untuk
melanggan Pakej Remaja Keluarga Malaysia yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan mudah alih,” katanya.

(Visited 61 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button