NasionalPendidikan

UPSI memiliki 10 buah ATV

UPSI sekali lagi membuat kejutan dengan memperkenalkan aktiviti ATV (all-terrain vehicle) sebagai salah satu produk edu pelancongan di universiti itu pada semalam.

Aktiviti ATV ini akan memberikan peluang kepada peserta untuk menikmati keindahan alam semulajadi yang menghijau dan trek laluan lasak mencabar dijangka bakal menjadi tarikan utama kepada pelancong yang datang ke Daerah Muallim dan UPSI khususnya.

Aktiviti ATV ini buat julung kalinya diperkenalkan di UPSI semasa Majlis Amanat Naib Cancelor UPSI. Sebanyak 10 buah ATV dipamerkan dan pengujung diberikan peluang untuk mencuba dan merasai cabaran mengendalikan ATV di perkarangan Dewan Panggung Percubaan.

Naib Cancelor UPSI Prof Dato’ Dr Md Amin Md Taff berkata, aktiviti ATV di UPSI akan dipasarkan sebagai produk pelancongan pendidikan kepada semua pengunjung yang berminat. UPSI amat yakin kaedah pendidikan melalui aktiviti lasak ini akan menarik minat orang ramai untuk mempelajari sejarah, sains, geografi dan pelbagai bidang lain berbanding kaedah konservatif.

Pengarah Pusat Kokurikulum, Dr Mazuki Mohd Yasim bersama Naib Cancelor UPSI Prof Dato’ Dr Md Amin Md Taff dalam sesi memperkenalkan All-terrain Vehicle (ATV).

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI Prof Madya Dr Norkhalid Salimin pula berkata, aktiviti ATV yang diuruskan oleh Adventure Leadership and Outdoor Recreation Academy (AURORA) akan menjadi pemangkin kepada semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar melalui konsep “earn and learn” yang mana pelajar UPSI akan dilantik sebagai fasilitator dan menguruskan pelancong yang datang sambil belajar dan menjana pendapatan. – SM

(Visited 687 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button