Nasional

Ibu tunggal lega dapat bantuan Kerajaan, boleh bayar sewa rumah

SUSAH payah seorang wanita yang bergelar ibu tunggal hanya difahami sekiranya seseorang itu masuk dalam golongan ibu tungal.

Untuk meneruskan kehidupan, usaha mencari rezeki diteruskan selagi kudrat masih ada. Namun ada kalanya, pendapatan yang diperoleh, tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan.

Bagi Asnizah Rawi, 45, dirinya yang juga termasuk dalam golongan B40 bertuah kerana mendapat bantuan daripada kerajaan.

“Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang saya terima, sedikit sebanyak meringankan beban perbelanjaan,” katanya kepada SUARA MERDEKA.

Beliau berkata, bantuan tambahan RM500 yang diumumkan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini adalah amat bererti bukan sahaja bagi dirinya tetapi juga golongan bapa tunggal yang mempunyai anak.

“Bantuan antara insentif lain yang diumumkan oleh kerajaan dan layak menerima sehingga maksimum RM3,000, tidak mungkin diberi oleh kerajaan selain pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri.

“Itu adalah satu keputusan yang bijak bagi saya secara peribadi keana maklumlah, saya bekerja sebagai tukang masak dan pendapatan yang ada tidak mencukupi untuk membayar sewa rumah, bil air dan elektrik.

“Apabila saya dapat BKM, ya Allah! Syukur kerana  ia dapat meringankan beban yang saya tanggung,,” ujarnya.

Beliau juga seronok apabila Bajet 2023 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, mengumumkan banyak lagi bantuan bakal rakyat golongan yang senasib dengannya, katanya.

“Terus terang saya katakan, sebagai orang yang duduk di luar bandar, saya mahu kerajaan Ismail Sabri meneruskan kepimpinan dan Datuk Seri dilantik sebagai Perdana Menteri sekali lagi.

“Saya sedar kita akan mengundi pada 19 November ini dan saya doakan Barisan Nasional (BN) boleh menang PRU15 kerana pengalaman Ismail Sabri sebagai Ahli Parlimen dan pemimpin, membolehkan beliau memimpin rakyat dan negara kita dengan baik,” katanya.

Tambah Asnizah yang tinggal di Jalan Hang Tuah berkata, kerajaan yang diterajui Ismail Sabri terbukti sebagai kerajaan yang prihatin kerana banyak membantu golongan B40.

Beliau berkata, semasa rakyat dilanda pandemik Covid-19, ramai yang hilang pekerjaan dan bantuan-bantuan yang diberi dapat  mengembalikan semula rakyat yang terkesan untuk bangkit meneruskan kehdiupan.

“Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya hilang punca pendapatan apabila banyak perniagaan terutama kedai makan tidak dapat dibuka.

“Saya hilang pendapatan dan kehidupan terhimpit ketika itu,” katanya sayu jika terkenang semula saat dilanda pandemik Covid-19. – SM

(Visited 292 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button