Nasional

PM sediakan lebih banyak insentif untuk penjaja, peniaga kecil

PERDANA Menteri sementara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata kerajaan akan menyediakan lebih banyak insentif kepada penjaja dan peniaga kecil di negara ini.

“Terima kasih kerana memperkukuh ekonomi negara. InsyaAllah, saya akan melaksanakan lebih banyak insentif untuk penjaja dan peniaga kecil di Malaysia,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya, sempena sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil 2022.

Perdana Menteri, sambil menyampaikan hasratnya kepada semua penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara, turut berkongsi bahawa beliau pernah menjadi penjaja, justeru, peka terhadap keperluan golongan itu.

“Kerajaan sentiasa berusaha untuk memartabatkan dan menonjolkan peranan penjaja dan peniaga kecil untuk bersama-sama memacu kemakmuran negara,” katanya.

Menurutnya, pelbagai kemudahan disediakan kerajaan termasuk pengurangan sehingga 50 peratus sewa premis, pengecualian sewa tapak kepada penjaja dan peniaga kecil serta pengecualian bayaran lesen untuk penjaja dan peniaga kecil di Wilayah Persekutuan. Bagi mengurangkan beban berikutan pelaksanaan PKP (perintah kawalan pergerakan) sebelum ini.

Terdapat juga program pendigitalan untuk penjaja dan peniaga kecil melalui aplikasi Warongku, selain inisiatif pembiayaan mikro tanpa faedah berjumlah RM50,000 untuk membantu mereka menjalankan perniagaan dalam talian, katanya. -SM

 

(Visited 132 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button