Uncategorized

BKM: Bantuan cecah RM8.2 bilion, tertinggi dalam sejarah – Tengku Zafrul

SELURUH rakyat Malaysia pastinya sudah memahami bahawa Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan inisiatif bantuan tunai langsung yang diberi oleh Kerajaan yang berfungsi seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) atau pun Bantuan Sara Hidup (BSH).

Cuma BKM adalah bantuan tunai langsung tertinggi jumlah peruntukan yang disediakan berbanding BRIM dan BSH. Itu diakui oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini.

Dalam kenyataannya, beliau berkata, sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini, BKM Fasa 2 ditambah baik dengan bantuan tunai tambahan berjumlah RM630 juta, menjadikan jumlah peruntukan keseluruhan BKM sebanyak RM8.2 bilion.

Tengku Zaful dalam kenyataannya berkata, sebagai perbandingan, kadar maksimum BKM adalah RM2,600 berbanding BRIM (RM1,200) dan BSH (RM1,480) iaitu peningkatan bantuan sebanyak 120 peratus sejak inisiatif bantuan tunai langsung mula diperkenalkan.

“Peningkatan ini adalah kerana had kelayakan untuk menerima BKM telah dinaikkan daripada berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan untuk BSH kepada RM5,000 ke bawah sebulan untuk BKM,” jelas Tengku Zafrul.

Beliau berkata, jumlah penerima BKM pula adalah seramai 8.6 juta berbanding dengan penerima BSH yang hanya meliputi 4.5 juta penerima sahaja.

Tengku Zafrul juga berkata, “ini bermakna lebih ramai Keluarga Malaysia layak untuk menerima bantuan termasuk sebahagian daripada golongan M40 dan bukan terhad kepada golongan B40 sahaja seperti untuk inisiatif bantuan tunai langsung sebelum ini.”

Beliau berkata, lazimnya BKM dikenali sebagai bantuan kepada golongan B40 tetapi pada hakikatnya, bantuan itu kini memanfaatkan 12.6 juta individu iaitu bersamaan dengan 60 peratus daripada rakyat dewasa di Malaysia.

Katanya lagi, pihak Kementerian Kewangan akan terus memantau faktor-faktor luaran yanb boleh memberi impak negative kepada situasi ekonomi domestik bagi memastikan kos sara hidup rakyat terkawal.

Dalam satu kenyataan, hari ini, beliau memaklumkan seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini, BKM Fasa 2 ditambah baik dengan bantuan tunai tambahan bernilai RM630 juta, menjadikan peruntukan keseluruhan BKM berjumlah RM8.2 bilion.

“Sebagai perbandingan, kadar maksimum BKM ialah RM2,600 berbanding BR1M (RM1,200) dan BSH (RM1,480), iaitu peningkatan bantuan sebanyak 120 peratus sejak inisiatif bantuan tunai langsung mula diperkenalkan.

“Peningkatan ini adalah kerana had kelayakan untuk menerima BKM dinaikkan daripada berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan untuk BSH, kepada RM5,000 ke bawah sebulan bagi BKM,” katanya.

Beliau berkata, jumlah penerima BKM adalah seramai 8.6 juta berbanding hanya 4.5 juta penerima BSH.

Beliau berkata, lazimnya BKM dikenali sebagai bantuan kepada golongan B40, namun hakikatnya bantuan itu kini memanfaatkan 12.6 juta individu, iaitu bersamaan 60 peratus rakyat dewasa di Malaysia.

Katanya, Kementerian Kewangan akan terus memantau faktor luaran yang boleh memberi impak negatif kepada situasi ekonomi domestik, bagi memastikan kos sara hidup rakyat terkawal.

“Kerajaan juga sentiasa memantau situasi semasa dan yakinlah bahawa dasar kerajaan, baik dari segi bantuan langsung mahupun tidak langsung seperti subsidi keperluan asas, adalah bertujuan memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela,” katanya.

Pada 22 Jun lalu, Perdana Menteri mengumumkan bantuan tunai tambahan bawah BKM, iaitu RM100 untuk isi rumah dan RM50 bagi golongan bujang, selepas kerajaan mengambil kira cabaran kos sara hidup serta kenaikan harga barang makanan kebelakangan ini.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, BKM Fasa 2 dengan peruntukan sebanyak RM1.74 bilion dibayar berperingkat kepada penerima layak bermula hari ini, akan memanfaatkan empat juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.

Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai hari ini melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my. – BERNAMA

(Visited 133 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button