Nasional

Pusat Satelit MYFutureJobs bukti Kerajaan serius bantu pencari kerja

Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Kuala Selangor

PUSAT Satelit MYFutureJobs yang bakal dibangunkan di UTC seluruh negara dijangka mampu merapatkan jurang di antara Kerajaan dengan penduduk di bandar-bandar kecil serta di peringkat akar umbi.

Melalui Bajet 2023 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Kerajaan bercadang membangunkan 13 lagi Pusat Satelit MYFutureJobs bagi menambah kepada 150 Pusat Satelit sedia ada.

“Pusat Satelit ini adalah penting untuk merapatkan jurang di antara Kerajaan Persekutuan dan penduduk di bandar-bandar kecil serta di peringkat akar umbi,” katanya.

DATUK Seri Tengku Zafrul berucap merasmikan Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Kuala Selangor, hari ini.

Tengku Zafrul berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 di Kuala Selangor.

Untu rekod, Tengku Zafrul akan bertanding kerusi Parlimen Kuala Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Tengku Zafrul berkata,  empat inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan adalah usaha untuk membantu golongan pencari kerja, mencari pekerjaan dan majikan mencari pekerja.

Beliau berkata, PERKESO diberi mandat untuk bekerjasama dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) untuk mereka menubuhkan National Placement Centre di Lembah Klang.

Jelas beliau, National Placement Centre itu adalah sebagai pusat sehenti bagi rakyat dan belia mencari pekerjaan.

“Inisiatif kerajaan seterusnya ialah dari segi peningkatan kebolehpasaran bakat.

“Kita sediakan  melalui pelbagai platform iaitu Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kewangan dan PSMB menubuhkan Upskill Malaysia.

“Sebuah platform ‘single 7 window’ atau sehenti ini menyediakan maklumat berkaitan semua program latihan dan pembangunan kemahiran melalui pelbagai kementerian dan agensi,” katanya.

Katanya lagi, ia juga merangkumi platform pembelajaran dalam talian iaitu e-LATiH oleh PSMB yang menawarkan kursus dalam talian secara percuma kepada rakyat dan belia Malaysia.

“Ini disediakan oleh penyedia latihan bertaraf antarabangsa dan tempatan yang bereputasi tinggi,” ujar beliau.

Tengku Zafrul berkata, inisiatif ketiga kerajaan selain dari pelaksanaan kadar baharu gaji minimum iaitu RM1,500 bermula 1 Mei 2022, Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia dan agensinya PERKESO juga mengambil pendekatan holistik dengan menyokong pelbagai jenis pekerjaan dan sektor.

Katanya, ini termasuklah mereka yang terlibat dengan pekerjaan sektor ekonomi gig.

“Bermula tahun 2021 sehingga kini, seramai 58,456 individu pekerja sendiri telah dibantu melalui penyediaan Insentif KerjayaGig dan SIP Gig.

“Ini pula manfaat keempat untuk anda semua. Dari segi 8 mencari kerja, anda juga perlu tahu bahawa majikan-majikan juga diberi insentif kewangan sehingga RM42,000 untuk tempoh 12 bulan bagi setiap pekerja baharu yang digajikan melalui Inisiatif JaminKerja.

“Jadi jika anda mencari kerja, rebutlah peluang keemasan ini. Jika anda memperolehi pekerjaan di negeri lain iaitu luar daripada negeri yang diduduki sekarang, Kerajaan bercadang menyediakan bantuan mobiliti sebanyak RM500 secara one-off yang dibayar terus kepada pekerja,” jelas Tengku Zafrul lagi.

Dalam ucapannya, Tengku Zafrul turut menyentuh tentang Portal MYFutureJobs.

“Ia sebuah Portal Pekerjaan Negara yang dikelolakan Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO dan berfungsi sebagai portal pencarian pekerjaan dan juga perancangan kerjaya,” katanya.

Tambah beliau, daripada jumlah tersebut, 454,510 adalah penerima insentif Program Penggajian PenjanaKerjaya dan Program JaminKerja – Insentif Penggajian.

Kata Tengku Zafru, sebagai usaha kerajaan yang berterusan, hari ini, sebanyak 5,643 peluang pekerjaan ditawarkan oleh 26 majikan.

“Karnival yang dianjurkan hari ini secara nationwide merupakan usaha Kerajaan dalam memastikan pencari kerja terutamanya golongan belia tidak kiralah sama ada mereka tinggal di Kuala Selangor atau di mana-mana sekalipun, mendapat peluang pekerjaan dari pelbagai sektor,” katanya. – SM

(Visited 374 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button