Nasional

Dr. Radzi umum kadar RMT baharu berkuatkuasa 6 November

MENTERI Kanan Pendidikan Datuk Dr. radzi Jidin mengumumkan kadar baharu untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) akan dilaksanakan mulai 6 November ini.

Dr Radzi berkata, kadar RMT bagi seorang murid akan dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM3.50 untuk Semenanjung, manakala Sabah, Sarawak serta Labuan pula daripada RM3.00 kepada RM4.00.

“Alhamdulillah, usaha Kementerian Pendidikan (KPM) menaikkan kadar RMT, dapat dilaksanakan pada tahun ini. Pelaksanaan kadar baharu ini bakal memanfaatkan seramai 791,477 murid penerima RMT di seluruh negara.

“Ini antara komitmen saya dalam memastikan kualiti makanan RMT untuk murid yang memerlukan, adalah terjaga,” katanya dalam hantaran di facebook, hari ini.

Selain itu, Radzi berkata, pelaksanaan kadar baharu itu diyakini akan turut memberi kelegaan kepada pengusaha kantin sekolah yang menyediakan RMT.

Beliau berkata, KPM komited melakukan yang terbaik untuk kelestarian pendidikan anak-anak generasi pewaris negara.

Dalam pembentangan Bajet 2023 pada bulan lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata kenaikan kadar RMT itu membabitkan peruntukan RM777 juta, iaitu peningkatan signifikan berbanding RM280 juta pada 2020, atas peluasan penerima, kenaikan kadar dan penyediaan bekalan susu setiap hari.

RMT dilaksanakan sejak 1979 bagi memastikan murid daripada keluarga susah, memperoleh khasiat makanan yang diperlukan.

(Visited 247 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button