Nasional

ADUN Kunak positif COVID-19

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak Norazlinah Arif mengesahkan beliau positif COVID-19 dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Norazlinah berkata beliau menjalani ujian saringan kali kedua semalam, dan didapati positif.

“Saya kini menjalani kuarantin dan rawatan di sebuah hospital di Kota Kinabalu,” katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Katanya, ketika ini beliau tidak mengalami sebarang simptom COVID-19.

Beliau sebelum ini menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari selepas didapati mempunyai kontak rapat dengan individu positif COVID-19, dan ujian saringan pertama dilakukan pada 1 Okt lepas.

(Visited 381 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button