Nasional

COVID-19: Tiada cadangan bangunkan hospital sementara di MAEPS

SETAKAT ini belum ada cadangan untuk membangunkan hospital sementara di Selangor seperti yang dibina di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) sebelum ini.

Ini kerana kemudahan kesihatan sedia ada mencukupi untuk merawat kes positif COVID-19.

Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, pada ketika ini Kementerian Kesihatan akan menggunakan Pusat Kawalan Kusta Negara di Sungai Buloh bagi merawat kes yang tidak bergejala atau bergejala ringan di Selangor.

“Kita ada 466 katil yang telah kita khaskan untuk pesakit bergejala ringan dan tidak bergejala. Sekiranya keperluan itu ada, contohnya peningkatan kes di Selangor dan kes yang discaj kurang, jadi kita mungkin akan melihat kepada membina hospital sementara di MAEPS.

Pada masa sekarang katanya, belum ada perancangan tersebut kerana kementerian masih berkemampuan untuk merawat kes Covid-19.

“Kalau kita bersetuju untuk membina hospital sementara itu, kita hanya memakan masa tiga atau empat hari.

“Itulah pengalaman yang membantu kementerian untuk kenal pasti lokasi yang boleh diguna pakai sebagai pusat kuarantin risiko rendah di Selangor,” katanya dalam sidang media secara maya mengenai perkembangan COVID-19 yang disiarkan melalui Facebook hari ini.

Sehingga kini, Selangor mencatatkan sebanyak 2,964 jumlah kumulatif kes positif COVID-19 termasuk 150 kes baharu hari ini serta sembilan kluster yang masih aktif. – SM

(Visited 94 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button