Politik

UMNO parti dominan Melayu sukar disingkirkan

PENYINGKIRAN parti lama dan dominan dalam negara sejak Merdeka bukanlah usaha yang mudah, malah pengaruhnya juga kekal walaupun bukan kerajaan.

UMNO disifatkan sedemikian sebagai parti susah luput atau dilupakan walaupun tidak memenangi Pilihan Raya Umum (PRU).

Oleh sebab itu, UMNO dalam Barisan Nasional (BN) terus diterima komponen lain seperti MCA dan MIC dan membenarkannya bertanding dalam kawasan majoriti Melayu.

Malah, UMNO menyokong dengan memberi keyakinan kepada perwakilan yang bertanding dalam pilihan raya.

Kekuatan UMNO kemudian diukur dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dan menyaksikan kerajaan pasca PRU-14 itu tumbang dalam tempoh tidak sampai dua tahun.

Kemudian kekuatan UMNO diukur sekali lagi dalam Perikatan Nasional (PN), walaupun tidak menjadi sebahagian daripada parti tersebut, namun menyokongnya sebagai kerajaan.

Di situ UMNO terbukti sebagai ‘king maker’ apabila dengan tidak membenarkan kerajaan PN memutuskan sesuatu dasar sesuka hati tanpa pertimbangan parti dominan.

“Semua ini bukti bahawa sekali pun UMNO dominan dan menjadi parti tunggak, ia tidak pernah menafikan kepentingan parti-parti lain dalam BN.

“Malah, dengan kekuatan UMNO lah, parti-parti komponen BN yang lain turut diterima, menjadi kuat dan mempunyai perwakilan dalam kerajaan.”

Demikian kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin, mengulas kekuatan UMNO dalam kerajaan dan kepentingan dominannya.

Selain itu, beliau juga mendakwa pihak yang cuba menafikan pengaruh UMNO adalah mereka yang tidak mempunyai kekuatan dalam dominasi masyarakat Melayu.

Pihak terbabit juga dikatakan tidak mempunyai agenda sebenar terhadap bangsa Melayu untuk dijayakan dalam partinya.

“Mereka yang bercadang memencilkan pengaruh UMNO adalah mereka yang sebenarnya lemah dan tidak mempunyai kekuatan untuk ditawarkan kepada bangsa Melayu di Malaysia.

“Mereka sekadar sedar politik Melayu itu penting, tetapi tidak mempunyai sebarang agenda untuk menjayakannya.

“Cadangan dan pandangan sebegini tidak wajar, dan tidak seharusnya berterusan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau juga mendakwa kekuatan UMNO bersama Pas memadai untuk menerajui kerajaan selepas PRU-15, kerana kedua-dua parti mempunyai kekuatan tersendiri.

Berdasarkan kenyataan itu, bekas Menteri Besar Johor itu mendakwa UMNO dan Pas tidak memerlukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk kembali menjadi kerajaan.

“UMNO dan PAS adalah rakan kerjasama yang setara dalam Muafakat Nasional. Namun kekuatannya berbeza.

“UMNO ternyata lebih besar dari segi pengaruh dan kekuatan akar umbi. PAS pula mempunyai kelebihan tersendiri dalam mewakili orang Melayu.

“Atas dasar inilah UMNO bersedia untuk menyokong kerajaan sedia ada. Sumbangan UMNO adalah untuk memastikan kita bukan sahaja mempunyai kerajaan, tetapi kerajaan yang stabil.

“Demi rakyat dan kelangsungan pentadbiran, UMNO berkompromi,” katanya. – SM

(Visited 232 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button