Nasional

PKPP terus dilaksana, pemantauan di lebih 3,400 premis pasar raya

SEBANYAK 2,841 pasukan pematuhan yang melibatkan 13,422 anggota telah membuat pemantauan di 3,447 pasar raya semalam.

Selain itu, sebanyak 4,887 restoran, 1,290 penjaja, 1,213 kilang, 3,319 bank dan 592 pejabat kerajaan turut dipantau oleh pasukan task force bagai memastikan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan  Pemulihan (PKPD) dipatuhi.

Menurut Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob lagi, juga dipantau, 973 terminal pengangkutan darat, 242 terminal pengangkutan air serta 90 terminal pengangkutan udara.

“Semalam (30 November 2020), PDRM telah menahan 311 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP.

“Daripada jumlah itu, seramai 306 individu telah dikompaun manakala 5 individu pula direman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hari ini, tiada sidang media Ismail Sabri yang disiarkan secara langsung.

Tambah beliau dalam kenyataan yang sama, antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (97), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (75) dan gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (69).

Lain-lain kesalahan, kata Ismail Sabri, rentas daerah atau negeri PKPB tanpa kebenaran (30), aktiviti pusat hiburan (26) dan lain-lain (14). Seperti biasa, kawalan sempadan negara terus dipertingkatkan.

“Operasi Benteng yang melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak Covid-19,” tegas beliau.

Semalam, Operasi Benteng telah berjaya menahan 14 PATI serta merampas tiba bot dan sebuah kenderaan darat, katanya.

Beliau berkata lagi, 273 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan semalam.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya. – SM

 

 

(Visited 208 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button