Nasional

Selepas dikritik mural wanita bogel dipakaikan baju

MURAL yang memaparkan tiga wanita dilukis berbogel di sebuah balai seni di Kampung Sungai Buloh, Kuala Selangor akhirnya dipakaikan dengan baju nipis berwarna putih.

Gambar mural yang mencolok mata itu telah tular sejak beberapa hari lalu itu telah mencetuskan kemarahan penduduk setempat.

Ramai yang berkongsi gambar berkata, lukisan itu tidak melambangkan kebebasan berkarya di Malaysia selain ia sangat memalukan penduduk Selangor khususnya di Daerah Kuala Selangor ini.

Mural berkenaan juga telah melanggar prinsip rukun negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Selain itu ia turut menyentuh sensitiviti setempat yang mana majoriti penduduk Kuala Selangor beragama Islam.


Mural besar itu dikatakan telah mula dilukis sejak beberapa hari lalu untuk pameran antarabangsa yang bakal dianjurkan di Balai Seni Sasaran Kuala Selangor.

Bagaimanapun menerusi perkongsian penduduk wanita dalam gambar mural telahpun dipakaikan baju berwarna putih selepas gambar bogel tersebut tular di media sosial.

Balai Seni Sasaran Kuala Selangor merupakan projek komuniti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dimulakan lebih 10 tahun lalu.-SM

(Visited 488 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button