BeritaPendidikan

Kadar RMT murid dinaikkan kepada RM3.30 bermula 6 November

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Md Jidin memaklumkan usaha KPM untuk menaikkan kadar Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dapat dilaksanakan pada tahun ini.

“Kadar RMT bagi seorang murid dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM3.50 untuk Semenanjung Malaysia dan RM3.00 kepada RM4.00 bagi Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan. Kadar baharu ini akan berkuat kuasa mulai 6 November 2022.

“Pelaksanaan kadar baharu ini memanfaatkan seramai 791,477 orang murid penerima RMT di seluruh negara. Ini merupakan antara komitmen saya dalam memastikan kualiti makanan RMT kepada murid yang memerlukan adalah terjaga,” ujar Radzi.

Pelaksanaan kadar baharu ini juga pastinya memberi kelegaan kepada pengusaha kantin sekolah yang menyediakan RMT.

KPM komited melakukan yang terbaik untuk kelestarian pendidikan anak-anak generasi pewaris negara.

(Visited 81 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button