Nasional

ERP, PSU berjaya turunkan kadar pengangguran 3.7%

ISU pengangguran dan kehilangan pekerjaan yang dialami oleh Keluarga Malaysia berikutan pandemik Covid-19 yang melanda pada awal 2020 memperlihatkan pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan bagi membantu meringankan rakyat.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pandemik yang melanda negara telah meningkatkan kadar pengangguran kepada 4.5 peratus pada tahun 2020 dan 4.6 peratus pada tahun 2021.

“Berkat usaha dan komitmen Kerajaan melalui melalui pelbagai langkah seperti Insentif Penggajian, Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) dan Program Subsidi Upah (PSU), kadar pengangguran negara berjaya diturunkan secara beransur-ansur kepada 3.7% setakat Ogos 2022,” katanya.

Tengku Zafrul berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Kuala Selangor, hari ini.
Beliau berkata, pencapaian ini juga adalah hasil dasar-dasar Kerajaan yang berjaya menjana pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih kukuh selama 3 suku ekonomi berturut-turut.

“Ini termasuk 8.9 peratus pada suku kedua tahun ini. Ini adalah pencapaian KDNK terbaik berbanding negara lain di ASEA,” ujar beliau.

Kata Tengku Zafrul lagi, jelas sekali, langkah-langkah diambil Kerajaan yang membuka semula ekonomi dengan selamat dan teratur telah memacu permintaan pengguna domestik dan luar negeri.

Ia seterusnya berjaya merangsang pertumbuhan perniagaan dan perdagangan yang kukuh, katanya.

“Salah satu langkah Kerajaan yang jelas menyumbang kepada kejayaan ini adalah Program Subsidi Upah yang diperkenalkan bermula 1 April 2020.

“Walaupun belanjanya banyak iaitu lebih kurang RM21 bilion setakat ini tetapi program ini telah memberi manfaat kepada 358,158 majikan dan menyelamatkan 2.96 juta pekerjaan di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata, kesemua itu adalah hasil pendekatan Kerajaan yang sentiasa mendengar dan menghayati keluhan golongan pekerja dan majikan dan terus Kerajaan mengorak tindaka melalui pelbagai langkah yang padu dan dilaksanakan dengan rapi.

Tengku Zafrul berkata, menginjak ke masa hadapan, Bajet 2023 yang telah beliau bentangkan baru-baru ini mencadangkan pelbagai inisiatif untuk membantu golongan belia.

Katanya, ini termasuk peruntukan sebanyak RM305 juta pinjaman khas untuk usahawan belia disediakan.

“Ada cadangan penyambungan Skim Tekun Belia Mobilepreneur. Skim ini membiayai modal anak muda yang terlibat dalam perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal dengan peruntukan sebanyak RM10 juta,” ujar beliau.

Beliau berkata, semua langkah yang diambil Kerajaan, sama ada dari Bajet 2022 mahupun yang dicadangkan melalui Bajet 2023 bakal memberi manfaat kepada kesemua pencari kerja dan belia di seluruh negara, bukan tertumpu kepada golongan belia dan pencari kerja di Kuala Selangor semata-mata. – SM

(Visited 193 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button