Uncategorized

Karier politik KJ mungkin takkan berakhir walaupun bertanding di Sungai Buloh

SEREMBAN: Tanggapan yang menyatakan bahawa Tindakan Barisan Nasional (BN) menghantar bekas penyandang Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin bertanding di kerusi Sungai Buloh sebagai alasan untuk menamatkan riwayat politiknya adalah tidak benar.
Menurut Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan, bahawa keputusan itu dibuat selepas memikirkan apa yang terbaik bagi Khairy.
“Tak betul cerita tu. Sungai Buloh sekarang pengundi Melayu hampir 75 peratus kerusi yang amat selamat. Dan dia punya ketua bahagian adalah Setiausaha Politik dia (Datuk Megat Firdouz Megat Junid). Orang di situ mengalu-alukan beliau.
“Lebih baik dia pergi ke sana daripada tempat-tempat yang tidak menerima dia. (Tohmahan) itu ada salah,” katanya pada siding media selepas hadir pada Majlis Penyerahan Watikah kepada calon-calon BN Negeri Sembilan di Wisma UMNO Negeri Sembilan, hari ini.
Tambahnya lagi pengundi di kawasan berkenaan juga ketika ini mahukan calon daripada UMNO untuk bertanding di sana.
(Visited 198 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button