Hiburan

Pemain bes kumpulan Spider meninggal dunia

PEMAIN bes kumpulan Spider, Tony Iskandar telah meninggal dunia kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia ketika sedang menyiapkan album kumpulan Jinbara di studio rakaman Luncai Emas milik Datuk M. Nasir.

Berita pemergian Allahyarham turut disahkan oleh M. Nasir dan facebook rasmi Luncai Emas.

Berita pemergiaan Tony dikongsi oleh pemain gitar kumpulan Exists, Along di akaun Instagramnya sekitar pukul 3 pagi tadi.

“Pergi lagi seorang sahabat aku. Al-Fatihah buat mu Tony. Semoga Allah SWT tempatkan mu di kalangan orang beriman. Amin,” katanya.

Tony merupaakan anggota asal kumpulan Spider yang turut dianggotai oleh Tam sebagai vokalis dan Nafie sebagai pemain gitar.

Kemudian, allahyarham meninggalkan kumpulan tersebut dan posisinya digantikan oleh Is. -SM

(Visited 694 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button