Hiburan

Mawar Rashid tukar penampilan, mula berhijab

MENGAMBIL berkat bersempena dengan Awal Muharam, pelakon, Mawar Rashid mengumumkan yang dia kini mengambil keputusan untuk berhijab.

Khabar gembira itu diumumkan Mawar dalam akaun Instagram miliknya dan mula melakukan penghijrahan pada Jumaat lalu.

Mawar juga meminta dia peminat dan pengikut Instagram akaunnya untuk mendoakan dia supaya sentiasa istiqamah dalam penghijrahannya itu.

“Muharram 2, 1442. Berkat hari Jumaat, penghijrahan Mawar telah pun bermula doakan Mawar sentiasa beristiqomah untuk sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT. Amin,” katanya.

BACA> BTS pecah rekod dunia lagi

Mawar sebelum ini sudah beberapa bulan mengenakan hijab namun tidak membuat sebarang pengumuman rasmi berkenaan perkara itu.

Selepas pengumuman itu dibuat, Mawar juga didapati telah memadamkan gambar-gambarnya tidak berhijab.

Penghijrahan Mawar itu juga mendapat respon positif daripada peminat dan rakan-rakan artis.

Mawar merupakan isteri kepada Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakon dan berkahwin pada 9 November 2017.

BACA> Resort Aliff Syukri dikecam ada lipas, Abby Abadi angga perkara biasa

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya matan bernama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lalu. -SM

(Visited 207 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button