Hiburan

BTS pecah rekod dunia lagi

KUMPULAN K-Pop terkenal, BTS sekali lagi memecahkan rekod dunia selepas mendapat jumlah tontonan tertinggi menerusi tayangan premier lagu terbaharu mereka di YouTube.

Lagu berjudul Dynamite itu berjaya mencatat jumlah tontonan 3 hingga ke 4 juta penonton secara serentak menerusi laporan awal yang dikeluarkan YouTube.

“Belum ada angka yang tepat berapa ramai yang menonton tayangan premier muzik video tersebut di YouTube secara serentak tetapi berkemungkinan angka itu mencecah 3 hingga 4 juta.

“Angka itu juga sebenarnya mencatatkan jumlah dua kali ganda daripada rekod yang pernah dipegang beberapa bulan sebelum ini,” lapor Forbes.

BACA> Menari ala kumpulan BTS, tiga tentera Korea Utara bakal dihukum mati(Opens in a new browser tab)

Sebelum ini, kumpulan K-Pop Blackpink mencatatkan jumlah tontonan premier serentak di seluruh dunia dengan jumlah penonton sebanyak 1.65 juta.

Rekod yang dicatatkan Blackpink menerusi lagu How You Like That itu juga sebenarnya telah menewaskan BTS sebelum ini yang mencatatkan jumlah tontonan premier sebanyak 1.54 juta.

Lagu Blackpink itu juga berjaya memecahkan rekod jumlah tontonan paling ramai dalam masa 24 jam itu sebanyak 86.3 juta tontonan sekaligus menewaskan kumpulan BTS menerusi lagu Boy With Luv yang mencatatkan 74.6 juta tontonan.

BACA> Kontroversi buli: Seolhyun AOA teruskan penggambaran drama

Bagaimanapun, peminat BTS yang menggelarkan diri mereka sebagai Army nampak begitu yakin yang kumpulan pujaan mereka akan memecahkan rekod tersebut menerusi komen di laman Twitter. -SM

(Visited 407 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button