Hiburan

Malbatt Misi Bakara bongkar penipuan sejarah filem Hollywood

Filem ‘Malbatt: Misi Bakara’ yang akan ditayangkan pada 24 Ogos ini seperti membalas filem dari Hollywood iaitu Black Hawk Down yang pernah diterbitkan pada tahun awal 2000-an.

Akan ditayang 24 Ogos ini di GSC

Kedua-dua filem ini merupakan kisah benar dan mempunyai misi yang sama, namun filem Black Hawk Down tidak menceritakan secara menyeluruh tentang perjuangan dan bantuan dari Askar Malaysia Diraja (RMD) yang pernah membantu tentera US ketika itu.

Oleh itu Pengarah filem ‘Malbatt: Misi Bakara’, Adrian Teh mengeluarkan filem ini, dengan menceritakan kejadian sebenar semasa misi dijalankan.
Menurut Adrian Teh, dia mendapat inspirasi untuk lakukan filem ‘MALBART: Misi Bakara’ selepas habis pengembaraan filem Paskal dan akui mendapat inspirasi dari filem Black Hown down.

“Cerita ini memang seperti Black Hawk Down, pada saya kenapa saya nak buat filem ini (Malbatt) kerana filem itu (Black Hawk Down) itu juga, pada tahun 2000 selepas saya melihat filem itu saya memang suka filem itu dan saya rasa filem itu sangat bagus.

“Selepas saya arahkan filem Paskal baru saya tahu kisah Malbartt, seterusnya saya lakukan kajian dan berjumpa Mejar Abdul Aziz.

“Dalam filem ini saya ingin menyampaikan kisah sebenar apa yang terjadi semasa misi dijalankan pada malam kejadian”. Katanya semasa sesi sidang media selepas tayangan perdana filem ‘Malbatt: Misi Bakarah’.

Filem yang memakan belanja RM20 juta ini merupakan kisah benar yang pernah terjadi semasa 1993, di mana Rejimen Askar Melayu Diraja (RMD) dihantar untuk menyelamatkan 70 renjer askar Amerika Syarikat ) yang terperangkap di Pasar Bakara, Somalia semasa Perang Saudara.

Barisan pelakon menjayakan filem Malbatt: Misi Bakarah

Menelusuri kisah sebenar keberanian dan dedikasi pahlawan-pahlawan Malaysia yang sanggup mengatasi segala rintangan untuk menegakkan nilai-nilai patriotisme dan solidariti.

Ia merupakan filem Malaysia pertama yang ditayangkan di layar IMAX dan juga tersedia dalam format 4DX dan Dolby Atmos.

Dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat antaranya Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim,Iedil Dzuhrie, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi dan Tony Eusoff.

 

Artikle Berkaitan :>

Doakan keselamatan tentera kita di Lubnan, kenderaan APC tak ikut spec PBB

 

(Visited 2,532 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button