Hiburan

Fizi Ali dan Shakilla Khoriri sepakat jaga anak walaupun sudah bercerai

PENYAMPAI radio Suria FM, Fizi Ali telah mengumumkan bahawa dia dan isteri iaitu seorang pelakon, Shakilla Khoriri mengambil keputusan untuk berpisah setelah tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Pengumuman ini sudah tentunya mengejutkan ramai pihak kerana mereka tidak mempunyai apa-apa isu atau kontoversi antara mereka.

Melalui perkongsian berita duka di laman Instagram, Fizi dengan nama sebenarnya Hafizudin Alimudin, 32, mengatakan keputusan untuk berpisah diambil secara sepakat.

“Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum semua, maaf kepada yang tertanya-tanya apa yang terjadi pada saya dalam beberapa minggu ini.

“Dengan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Shakilla tidak lagi bersama dan akan membawa haluan masing-masing,” katanya.

Tambahnya lagi, dia dan Shakilla akan membesarkan anak perempuan mereka iaitu Ameena yang berusia dua tahun bersama-sama dan tetap akan memberi kasih sayang yang cukup kepadanya.

“Walaupun hidup berasingan, kami juga sudah bersepakat akan membesarkan Ameena dengan penuh kasih sayang. Kami janji Ameena tetap akan merasa kasih sayang sepenuhnya dari daddy dan umi. Kami harap semua pihak akan menghormati keputusan ini dan anggaplah jodoh kami sampai di sini sahaja.

“Terima kasih atas doa kalian sebelum ini dan mohon doa untuk kami bertiga meneruskan perjalanan yang panjang ini dengan penuh reda.

“In Shaa Allah semoga doa yang baik-baik ini akan kembali ke kalian semua juga, minta maaf dan terima kasih,” ujarya.

Terdahulu, Fizi dan Shakilla, 32, mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun. – SM

(Visited 842 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button