Berita

Najib seronok pembangkang troll guna Super Ring

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berasa gembira kerana pembangkang mengikut jejak langkahnya melakukan troll menggunakan makanan ringan Super Ring.

Sejak keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Najib dengan tujuh pertuduhan berkaitan SRC International pemimpin pembangkang berkongsi gambar makan Super Ring.

Najib bagaimanapun mengingatkan troll beliau menggunakan Super Ring terhadap kejatuhan Pakatan Pembangkang sebagai kerajaan Persekutuan adalah sesuatu yang sudah pasti.

Namun troll pembangkang terhadap hukuman bersalah yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi semalam belum pasti akan menyebabkan dia ke penjara. Ini kerana menurut Najib, dia masih mempunyai proses rayuan untuk dilalui.

“Seronok juga tengok satu PH troll saya dengan Super Ring setelah keputusan mahkamah semalam. Saya troll satu PH kerana kerajaan mereka tumbang. Itu dah pasti.

“Satu PH troll saya sebab saya seorang bakal ke penjara. Itupun belum pasti lagi kerana masih ada proses rayuan dan point-point kita amat kuat.

“Satu kerajaan PH banding saya seorang. Kiralah saya dah untung. PS. Shamsul, jangan lebih. Jaga diet!” kata Najib.

Antara pemimpin pembangkang yang menggunakan Super Ring untuk troll Najib adalah bekas Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Gambar ikonik Najib makan ‘Super Ring’ tular selepas dia menggunakannya untuk ‘troll’ pemecatan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan lima pemimpin Bersatu dari parti itu pada Mei lepas.

Super Ring menjadi popular apabila seorang wanita memprotes pelantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri Mac lalu.

Dalam protes tersebut, wanita berkenaan berkata, ‘Siapa Muhyiddin, aku tak vote dia. Siapa Muhyiddin. Aku tak undi dia. Orang cakap, orang Malaysia ini tak kisah. Berdiam diri. Tak kisah kalau ditukar.Tak kisah.  Boleh duduk makan Super Ring dengar berita. Hey… aku tak macam tulah.”

Sejak protes tersebut keropok Super Ring menjadi popular bukan sahaja menjadi bahan troll tetapi juga dibeli sebagai makanan ringan ketika ada acara tertentu.-SM

(Visited 786 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button