BeritaPolitik

ASB 5.5 masih salah BN

KUALA LUMPUR – Seperti sudah dijangka, akan ada pihak menyalahkan kerajaan dahulu apabila dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi 2019 diumum rendah pada kadar 5.5.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menyangka kenyataan sedemikian dikeluarkan sendiri oleh menteri kabinet

“Biar betik! Paling rendah dalam sejarah untuk dua tahun berturut-turut pun masih salah BN.

“Cakap sahajalah video Sandakan itu juga salah BN. Senang untuk lepas diri,” kata beliau dalam kenyataan yang dimuat naik dalam Facebooknya.

Beliau berkata sedemikian mengulas laporan Malaysiakini yang memetik kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung pengumuman dividen ASB baru-baru ini.

Berdasarkan laporan tersebut, Azmin dikatakan mempertahan dividen yang diumum oleh Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dan menyifatkannya sebagai isu legasi.

Namun, Najib mempersoal tindakan kerajaan menjual aset-aset negara yang memberi pulangan tinggi sebagai punca kepada kemeruduman ekonomi sekali gus mempengaruhi kejatuhan dividen ASB.

 

“Siapa yang suruh korang jual aset yang memberi pulangan tinggi? Berpuluh tahun BN memerintah, dividen ASB tinggi-tinggi.

“Itulah ‘masalah’ legasi BN sebenar,” sindirnya.

Terdahulu, Najib dalam status Facebook berasingan turut menyindir pemimpin PKR berhubung isu penularan video persetubuhan luar tabii yang akan diumumkan identitinya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak lama lagi.

Beliau berkata, tidak mustahil nanti pemimpin dalam kerajaan akan menyalahkannya.

“Tak sampai 12 hari lagi, Rakyat akan tahu siapa dia. Tapi saya risau juga.

“Nanti ada akuan bersumpah terkeluar tuduh orang dalam video ialah Najib,” selorohnya.

(Visited 140 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button