Politik

Azmin Ali dilantik sebagai ketua pembakang

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai ketua pembangkang Dewan Undagan Negeri (DUN) Selangor bagi penggal pertama Mesyuarat DUN ke-15.

MOHAMED Azmin (depan, lima kiri) pada sidang media selepas mesyuarat pertama penggal pertama DUN Selangor ke-15. FOTO Faiz Anuar

Lantikan itu diumumkan oleh Speaker, Lau Weng San selepas proses angkat sumpah 56 ADUN selesai.
Menurut Wen SanDun Selangor menerima surat daripada perikatan Nasional pada 15 September lalu untuk mencalonkan ketua pembakang.

“Saya dengan ini memasyhurkan Datuk Seri Mohamed Azmin AliADUN Hulu Kelang sebagai ketua pembangkang. Diharapkan ketua pembangkang yang dilantik ini dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya,” katanya.

Semantara itu, Azmin mengumumkan PN Selangor membentuk 10 jawatankuasa portfolio yang berperanan untuk mengadakan proses semak dan imbang dengan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Beliau sendiri akan mengetuai portfolio kewangan, ekonomi, tanah dan sumber alam; Datuk Dr Halim Tamuri (pendidikan dan sumber manusia); Datuk Seri Jamil Salleh (kerajaan tempatan, perumahan dan infrastruktur); Dr Afif Bahardin (kesihatan, alam sekitar dan perubahan iklim); Muhammad Muhaimin Harith Abdullah Sani (sains, teknologi, inovasi, komunikasi dan industri digital; Muhammad Hilman Idham (generasi muda dan sukan); Nushi Mahfodz (agama Islam dan pembangunan desa); Nurul Syazwani Noh (wanita, keluarga, kebajikan dan perpaduan); Sallehein Mukhyi (pertanian dan industri agromakanan) serta Datuk Noorazley Yahya (pelancongan dan kebudayaan warisan melayu).

“Portfolio berkenaan akan dibantu tiga jawatankuasa lain yang akan dianggotai ADUN yang tidak mengetuai mana-mana porfolio berdasarkan pengalaman, latar belakang masing-masing.

“Inilah pendekatan yang kami akan ambil pada sesi-sesi (DUN) akan datang yang mana ikrar dan janji kami kepada rakyat untuk memberikan khidmat yang terbaik melalui perbahasan perbincangan dalam dewan negeri Selangor,” katanya.

Artikle Berkaitan :>

Jangan salah tafsir kenyataan “rehat sementara waktu” – Azmin Ali

Awal sangat Azmin Ali kehabisan ‘peluru’ politik

(Visited 84 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button