Politik

Jangan salah tafsir kenyataan “rehat sementara waktu” – Azmin Ali

KALAU bagi bola tanggung, tentulah akan dismash masuk ke gelanggang lawan. Kalau memberi kenyataan yang umum berbunyi “berehat sementara waktu”, tidak salah kalau konotasi pelbagai timbul.

Hari ini Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Azmin Ali tidak mahu kenyataannya “mahu berehat sementara waktu daripada arena politik” disalah tafsir.

Sebagai pemimpin Bersatu, beliau berkata, menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan parti menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Saya ahli parti dan saya bertanggungjawab untuk memastikan parti menang dalam pilihan raya akan datang.

“Jangan salah tafsir seketika itu… (mungkin berehat) satu hari, seminggu atau sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi memberi sokongan kepada Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan yang didakwa menerima rasuah hampir RM7 juta berhubung program Jana Wibawa.

Pada 12 Februari lalu, Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa mengumumkan beliau berehat sementara daripada arena politik untuk merancang kembali kariernya.

Dalam pada itu, Azmin enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding atau dicalonkan pada PRN nanti.

“Bila DUN dibubarkan, sudah pasti parti akan meneliti calon-calon yang akan dikemukakan.

“(DUN), belum bubar…jadi belum lagi (ada pencalonan),” katanya. – SUMBER FMT – SM

(Visited 285 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button