BeritaNasionalNegeriPendidikan

UniMAP, NUOL tandatangan Lol jalin kerjasama

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menandatangani Surat Hasrat (LoI) dengan National University of Laos (NUOL), sebagai usaha menjalin kerjasama dalam sektor pendidikan tinggi.

Naib Canselor, Prof Dr Zaliman Sauli mewakili UniMAP manakala NUOL pula oleh Presidennya, Prof Madya Dr Oudom Phonekhampheng.

NUOL yang mewakili universiti utama negara Laos itu mempunyai 20,000 pelajar.

Majlis ini diadakan sempena Program Jelajah Ilmu UniMAP Edisi Ke-16 yang disaksikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Canselor UniMAP.

Raja Muda ketika bertitah berharap pertemuan itu akan membuka ruang kepada kedua-dua universiti untuk bekerjasama dengan lebih erat dalam mencapai pengantarabangsaan pendidikan tinggi.

“Pertemuan julung kali kita pada hari ini akan menjadi medan bagi kita meneroka peluang yang ada untuk UniMAP,” titah Baginda.

Titah Baginda, langkah ini juga   membolehkan NUOL bekerjasama dalam mengembangkan dan memperbaharui peluang-peluang tersebut untuk kebaikan bersama. – SM

(Visited 172 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button