Agama

MAIPs salur bantuan makanan bernilai RM577,000 di seluruh Perlis

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah menyalurkan peruntukan sumbangan bantuan makanan sebanyak RM577,000 bagi Program Ziarah Dakwah Bil Hal MAIPs di seluruh negeri Perlis.

Program Ziarah Dakwah Bil Hal adalah salah satu pendekatan MAIPs untuk membantu warga asnaf dan golongan berkeperluan yang disalurkan terus melalui 102 masjid di seluruh negeri Perlis.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor, agihan makanan berkenaan adalah salah satu usaha MAIPs dalam memperkasakan institusi masjid sebagai pusat kesejahteraan sosial untuk ummah.

“Pendekatan turun padang sentiasa diutamakan oleh MAIPs bahkan semangat ini turut diterapkan kepada semua wakil kepimpinan MAIPs di peringkat kariah di seluruh negeri Perlis,” jelas Mohd Nazim.

Demikian dimaklumkan oleh beliau selepas mengiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ke majlis simbolik penyerahan tersebut yang diadakan di perkarangan Masjid Putra, Simpang Empat.

Sempena program tersebut juga Tuanku Raja Muda turut berkenan menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM21,000
kepada seramai 30 orang asnaf terpilih dalam kariah masjid berkenaan. Masing-masing menerima RM700 setiap seorang yang akan diagihkan oleh amilnya, Hassan Harun.

(Visited 329 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button