Hiburan

Kwang Soo mahu kekal bersama Running Man hingga episod akhir

BAGI mereka yang mengikuti perkembangan dunia hiburan Korea Selatan, pasti cukup kenal dengan program aneka ragam Running Man.

Sudah 10 tahun bersiaran dan jumlah episod yang kini mencecah angka 514, Running Man masih mempunyai kelompok peminatnya tersendiri di seluruh dunia.

Walaupun pernah berlaku beberapa krisis dalaman termasuklah berita yang dua ahli program tersebut bakal disingkirkan, Running Man tetap utuh menghiburkan peminat.

Malah, seorang daripada ahli program tersebut yang juga seorang pelakon, Lee Kwang Soo, kerjaya seninya berkembang dengan baik kerana Running Man.

“Saya berjaya dalam dunia lakonan dan dikenali di seluruh Asia kerana Running Man. Memang sukar untuk saya menafikan pengaruh Running Man terhadap diri saya.

“Disebabkan itu juga saya akan terus bersama dengan Running Man sehinggalah program tersebut digugurkan stesen televisyen,” katanya seperti dilaporkan Soompi.

10 tahun bersiaran, pasti akan wujud pergeseran antara ahli-ahli program yang terlibat. Namun Kwang Soo menafikan soalan tersebut.

Jelasnya, ahli yang paling senior dalam Running Man iaitu Yoo Jae Suk dan Ji Suk Jin pernah memberitahu bahawa tidak banyak program yang mempunyai ahli yang cukup memahami antara satu sama lain.

“Memang benar, ada beberapa krisis yang berlaku melibatkan Running Man sebelum ini tetapi itu terjadi kerana masalah dari luar.

“Malah, masalah itu yang sebenarnya menjadikan kami lebih dekat sebenarnya,” katanya.

Terdapat kontroversi yang melanda Running Man sebelum ini selepas dua ahlinya iaitu Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook akan dikeluarkan daripada program tersebut tanpa notis.

Keputusan itu dibuat pihak stesen penyiaran SBS yang akhirnya mendapat reaksi negatif daripada peminat.

BACA> Shukri Yahya pilih nama anak Maleeq Miqayl

Keputusan itu bagaimanapun ditarik balik dan Jong Kook, yang memujuk semula semua ahli Running Man dan Ji Hyo untuk terus bersama program tersebut.

Running Man pada awalnya disertai oleh Yoo Jae Suk, Haha, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo, Song Joong Ki, Lizzy dan Kang Gary.

Namun, Joong Ki keluar daripada program tersebut pada episod ke 41 manakala Lizzy yang menyertai Running Man pada episod 13 telah keluar pada episod ke 25.

BACA> ‘Skandal Shuk’ buat laporan polis, dakwa difitnah

Gary pula yang menyertai Running Man sejak episod pertama telah mengundurkan diri pada episod ke 324 dengan alasan mahu fokus pada kerjaya seninya.

Bermula pada episod ke 346, dua ahli tetap Running Man yang baharu diumumkan iaitu Yang Se Chan dan Jeon So Min yang masih kekal hingga kini. -SM

(Visited 756 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button