Hiburan

Kang Gary kecewa akaun Instagram anaknya digodam 6 kali

BAGI pengikut program rancangan realiti kekeluargaan Korea Selatan, The Return Of Superman pasti cukup kenal dengan kanak-kanak bernama Hao.

Hao yang terkenal dengan kepintarannya dalam program tersebut ialah anak kepada penyanyi Hip Hop, Kang Gary.

Namun, Gary baru-baru ini telah memuatnaik satu status di akaun Instagram miliknya berkenaan dengan rasa kecewa terhadap apa yang dilakukan kepada anaknya.

gary

Menurut Gary, dia meminta supaya peminatnya tidak mengikut akaun Instagram yang menggunakan nama anaknya.

BACA> Kwang Soo mahu kekal bersama Runningman hingga episod akhir

“Jangan ikut Instagram ini sebab akaun asal Hao telah digodam. Akaun yang saya kongsi ini adalah milik penggodam. Jangan ikut,” katanya.

Menurut Gary lagi, ini adalah kali ke enam akaun Instagram anaknya itu digodam dan dia sendiri tidak tahu mengapa akaun tersebut sering menjadi sasaran.

Jelasnya, dia juga tidak berminat untuk mencari siapa penggodam tersebut kerana mereka pasti akan membuat perkara sama lagi selepas ini.

“Saya cuma ingin tahu apa kaedah dan prosedur untuk mengelak akaun Instagram daripada digodam dengan mudahnya.

BACA> Lara Alana tak kisah dapat adik lelaki atau perempuan

“Apa yang terjadi pada akaun Hao memang membuatkan saya sakit hati,” katanya.

Sementara itu, Gary turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menjadi pengikut kepada akaun Instagram anaknya itu selama ini.

Namun buat masa ini, Gary mengakui dia belum berniat untuk mewujudkan akaun Instagram terbaharu Hao selepas beberapa kali menjadi sasaran penggodam. -SM

(Visited 567 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button