Hiburan

Mujur tohmahan dengan Ziana Zain, bukan Haziq, Diva – Najib

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara berseloroh berkata, dia bernasib baik digosipkan dengan penyanyi dan pelakon sensasi Ziana Zain.

Najib yang mengulas sebuah laporan portal berita berkata, dia bernasib tidak dikaitkan berskandal dengan ‘Haziq atau Diva’.

“Mujur tohmahan tersebut kaitkan saya dengan Ziana Zain dan bukan kaitkan saya dengan Haziq atau dengan Diva adik orang tertentu,” katanya.

Najib berkata, gosip kononnya penyanyi itu mempunyai skandal dengannya merupakan satu bentuk propaganda yang telah disebarkan oleh blog-blog yang pro-Pakatan Harapan.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, dengan kenyataan terbaharu daripada Ziana Zain itu tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya selama ini telah pun terjawab.

“Satu lagi tohmahan jahat terhadap saya terjawab. Dulu, blog-blog propaganda pro-PH pernah kaitkan saya dengan dia.

“Sumber maklumat sahih blog-blog pro-PH itu? Komen yang ditinggalkan oleh akaun palsu di dalam forum internet. Ziana Zain akhirnya buka mulut tentang gosip dengan VIP ternama,” kata Najib.

Pada 2 Mei 2010 sebuah blog menerbitkan artikel kononnya Najib mempunyai skandal dengan Ziana Zain.

Menurut portal itu, kebanyakan orang Negeri Sembilan mengetahui cerita mengenai hubungan Najib dan Ziana Zain.

Semalam Astro Awani melaporkan, Ziana Zain akhirnya membuka mulut mengenai gosip yang pernah melanda dirinya sekitar pertengahan tahun 1990an.

Menerusi satu temu bual eksklusif dalam slot “Stars@AWANI” yang disiarkan di platform media sosial Astro AWANI pada Ahad lalu, Ziana begitu telus menjawab persoalan itu.

Katanya, dia tidak pernah terfikir tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya menjadi satu penghalang untuk komited dengan kariernya dan terus berkarya.

“Orang akan cuba gosipkan kita dengan perkara yang kita tak pernah buat dan tidak terfikir boleh keluar. Saya ambilnya (dengan redha) selagi ibu bapa saya tahu saya siapa, saya tahu saya siapa!” jelas Ziana ketika mengimbau perjalanan karier seninya sempena ulang tahun ke-30 Ziana dalam industri seni.-SM

(Visited 1,511 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button