Media massaPembacapilihan

Cabaran Pedasss Chick-Yun oleh MyeongDong Topokki

MyeongDong Topokki yang merupakan rangkaian restoran kasual makanan Korea menganjurkan satu cabaran makanan pedas dan ketika pendaftaran dibuka, ramai individu mahu mencuba ketahanan lidah masing-masing.

Menurut pihak pengurusan MyeongDong Topokki, Pedasss Chick-Yun ini mengandungi resepi rahsia yang bukan sahaja pedas malah sedap dan juga lazat.

Cabaran ini telah dianjurkan oleh MyeongDong Topokki sejak tahun 2019 dan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan di luar jangkaan. Oleh yang demikian, MyeongDong Topokki bersetuju untuk mengadakan cabaran ini pada setiap tahun bulan Ogos.

Menurut wakil daripada MyeongDong Topokki, peserta hanya perlu mengambil bahagian secara atas talian dan pada peringkat akhir, hanya 12 terpilih dan perlu bertanding secara fizikal.

“Cabaran menghabiskan makanan pedas ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh MyeongDong Topokki bertepatan dengan citarasa orang-orang Malaysia.”


“Tambahan pula, MyeongDong Topokki melihat trend makanan pedas dari Korea menjadi pilihan secara meluas penggemar makanan di negara ini, maka cabaran sebegini diadakan,” ujar wakil MyeongDong Topokki.

Cabaran menghabiskan makanan pedas anjuran MyeongDong Topokki menyaksikan selebriti media sosial, Rainbow Kumi berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM2,500 menewaskan peserta lain.

“Pemenang tempat kedua membawa pulang hadiah bernilai RM1,000 dan pemenang tempat ketiga menerima hadiah bernilai RM500,” ujar wakil MyeongDong Topokki.

Turut hadir bagi memeriahkan majlis adalah CEO syarikat MyeongDong Topokki Encik Vincent Lua serta Encik Danny Lee, Pengurus Pusat Beli Belah Sunway Putra Mall.

Bagi pencinta makanan Korea, MyeongDong Topokki boleh dijadikan pilihan kerana restoran ini bukan sahaja halal malah bahan sajian makanan asli adalah 80 peratus dari Korea.

Mempunyai lebih daripada 50 cawangan di Malaysia dan pelbagai jenis makanan berat hingga ke makanan “street food”, anda boleh rasai dan nikmati sendiri keenakan makanan asli Korea di sini.

(Visited 66 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button