Auto TravelTravel

Pesta Laksa 2.0 di Pulau Pinang, mai pekena!

MELIHAT hasil sambutan yang hangat pada tahun lalu kini fiesta laksa sekali lagi berlangsung di Dataran Niaga Penaga, Jalan Permatang Bendahari, Pulau Pinang, bermula 23-3 Mac 2024.

Anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Bakar Kapor dan kelab Penaga Kita mengumpulkan 18 jenis laksa bakal disajikan buat semua pengunjung di dalam satu kawasan.

Menurut Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Bakar Kapor , Nasrul Hisham Bokhari, penganjuran ini bukan sekadar bagi menarik minat serta membuka ruang pelancongan di kawasan pinggir bandar ini namun ia juga bagi membantu penjaja kecil kecilan terdiri golongan penjaja tepi jalan, suri rumah, ibu tunggal yang sebelum ini terjejas akibat pandemik covid 19.

Katanya, mereka turut berhasrat menjadikan Fiesta Laksa ini sebagai acara tahunan yang mampu mengumpulkan lebih banyak variasi laksa seluruh negara dalam 1 tempat sambil mengajak orang ramai mengenali keunikan dan keenakkan laksa setiap negeri dan berbangga dengan masakan melayu di Malaysia.

Antara laksa yang akan ada nanti adalah Laksa Penang, Assam Laksa, Laksa Kedah, Laksa Kedah Teluk Kechai, Laksa Lemak pendang, Laksa Beras Sarang Burung, Laksa Singapura, Laksa Siam, Laksa Johor, Laksa Sarawak, Laksa Nyonya Melaka, Laksa Pahang dan Laksa Temerloh Pahang dah tak perlu lagi jelajah satu Malaysia. Cukup dengan mengunjungi Penaga, dah boleh rasa semua.

Yang tak pernah rasa Laksa Kuah Merah Terengganu atau Laksa Kuale Sarang Burung, memang di sinilah tempat yang mesti di tuju.

Dalam pada itu mereka juga berhasrat untuk menganjurkannya di peringkat kebangsaan di Putrajaya pada penghujung tahun ini disamping memperkenalkan festival ini dapat mula menjelajah ke negeri lain di Pantai Timur atau di Selatan Tanah air.

(Visited 2,756 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button